Penganjur Olimpik Paris 2024 Tawar 222,000 Jemputan Percuma Ke Majlis Perasmian

6 Mar 2024 • 11:17 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Jemputan percuma ke majlis pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 akan diberikan kepada 222,000 penonton yang dipilih oleh pihak berkuasa, kata Menteri Dalam Negeri Perancis pada Selasa.

Menurut laporan Reuters, pihak berkuasa temoatan dan badan-badan penganjur lain masing-masing akan diberikan sejumlah jemputan untuk diedarkan.

Olimpik Paris 2024

image is not available

Difahamkan, para tetamu yang hadir perlu melalui proses pemeriksaan keselamatan yang diawasi oleh perkhidmatan perisikan sebelum mereka dibenarnkan untuk menghadiri acara itu dari pelabuhan atas sungai Seine.

Tawaran 222,000 tempat ini adalah tambahan kepada 104,000 penonton berbayar yang akan menonton majlis dari dermaga bawah.

image is not available

Kesemua 326,000 penonton yang diundang merupakan hampir separuh daripada 600,000 yang dianggarkan hadir dalam rancangan asal.

Bagaimanapun, menteri berkenaan berkata, sekiranya perlu, beliau berhak menyemak semula jumlah tetamu ke acara sukan berprestij dunia itu.

image is not available

Sumber: Reuters