PenganTARA Episod 12: Mengenang Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad, Penghibur Versatil Berjiwa Patriotik

9 Sep 2022 • 5:02 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mohd Azhar Mohd Isa - Gambar oleh Alif Omar

Seorang penghibur dan penyanyi rakaman yang cukup hebat, disegani dan penuh versatil. Nama Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad akan sentiasa terpahat di dalam ingatan dan hati kita semua. 

Seorang yang berpendidikan tinggi dan memiliki ijazah dalam jurusan undang-undang, namun memiliki kreativiti seni yang cukup luar biasa hebat. 

Bukan hanya setakat dikenali sebagai penyanyi dan penghibur, beliau juga adalah seorang penggubah lagu, penulis lirik, pelakon dan kartunis dan turut menceburi bidang keusahawanan apabila mengeluarkan air minuman, Sudi. 

image is not available
Nama Allahyarham Sudirman Hj. Arshad akan sentiasa terpahat di dalam ingatan dan hati kita semua

Biarpun muziknya banyak berteraskan pop, namun beliau juga banyak menghasilkan lagu Melayu Asli dan Deli serta lagu-lagu rakyat dan lagu patriotik. 

Zaman sudah berubah dan ledakan dunia digital turut mengubah landskap dan proses evolusi industri muzik tanah air. 

PenganTARA episod 12 minggu ini mewawancara adik angkat Sudirman, Mohd Azhar Mohd Isa yang juga merupakan peminat beliau untuk berkongsi pengalaman dan pandangannya terhadap penghibur No.1 Asia yang hebat ini. - Getaran, 9 September 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved