Pengantin Lun Bawang-Melayu Kongsi Momen Adat Berbeza Di Miri Ini Buat Netizen Terharu

11 Aug 2022 • 12:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Terharu bila tengok suasana macam ni

Pengantin Lun Bawang-Melayu Kongsi Momen Adat Berbeza Di Miri Ini Buat Netizen Terharu. Kalau anda berkahwin dengan orang di Sabah dan Sarawak, jangan terkejut jika keluarga terdekat suami atau isteri anda nanti adalah keluarga yang berlainan agama. Ianya normal di mata masyarakat di sini.

Perkahwinan campur merupakan satu indikator untuk menilai hubungan antara kelompok dalam masyarakat atau negara sama ada baik ataupun sebaliknya. Kita juga dapat menilai dari segi toleransi dalam sesebuah masyarakat apabila adanya perkahwinan campuran.

image is not available
Pengantin Lun Bawang-Melayu Kongsi Momen Adat Berbeza Di Miri Ini Buat Netizen Terharu. Sumber gambar: FB Yem Iyama

Perbezaan ini jelas membuatkan mereka nampak istimewa di mata masyarakat lain.

Kali ini tular pula di laman Tiktok tentang majlis resepsi oleh pasangan ini kongsi momen perkahwinan mereka dengan adat berbeza ini telah menarik perhatian netizen. Pengantin perempuan ini berdarah lun bawang campur kayan.

Lihat video di pautan ini : Tiktok

Walaupun berbeza agama, ianya tidak menjadi satu halangan untuk pasangan ini melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Indah bukan? Menerusi video tersebut, pasangan ini turut menggabungkan tradisi mengikut kesesuaian majlis.

image is not available
Pengantin Lun Bawang-Melayu Kongsi Momen Adat Berbeza Di Miri Ini Buat Netizen Terharu. Sumber: Tiktok @yemiyama

Netizen turut tersentuh melihat rakaman video yang telah dikongsikan oleh @yemiyama di laman Tiktok. Lihat komen di bawah:

image is not available
Sumber: Tiktok @yemiyama

image is not available
Sumber: Tiktok @yemiyama

image is not available
Sumber: Tiktok @yemiyama

Jika anda suka lihat adat kahwin campur ini, apa kata anda baca juga pautan di bawah. Wanita ini kongsi sikap toleransi antara keluarga kristian dan muslim di majlis perkahwinan di Beluran: