Pengarah Along Kamaludin Beri Teguran Kepada Netizen Yang Mengutuk Nyanyian Fazura

EntertainmentMusic
10 Nov 2024 • 2:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini pelakon Fazura dikecam oleh netizen selepas membuat persembahan nyanyian di Indonesia. 

Kecaman itu mendapat perhatian dari pengarah dan penerbit iaitu Along Kamaludin yang menganggap pelakon itu mungkin berasa gementar kerana menyanyi secara live.

Fazura hanya ingin mencuba

image is not available

Kepada netizen, tak payah la nak kutuk-kutuk Fazura. Bagi saya, dia ingin mencuba… saya bukan nak bodek dia sebab bukan dapat apa-apa pun.

Dia mencuba, semua orang mencuba dan buat apa yang mereka nak. Menyanyi ke, berlakon ke. Ada juga pelakon yang kayu, tak boleh berlakon.

Menurut Along, Fazura hanya mencuba menyanyi dan perkara itu tidak salah. Jadi netizen tidak perlu sampai mengutuk pelakon itu.

Tak pakai ear piece punca rasa gementar

image is not available

Bagi saya la, sebab saya pernah masuk live dan rasa gementar dan kalau tak pakai ear piece, muzik kiri kanan masuk dan kita pun dah tak tahu suara ke mana. Sebab saya pernah rasa benda itu.

Bagi saya, memang hak masing-masing untuk mengutuk atau memuji. Tapi kita kena fikir la, Fazura itu menyanyi sampai ke Indonesia… yang artis kutuk itu sampai ke Indonesia?

Benar apa yang dikatakan Along. Walaupun nyanyian Fazura ada sedikit kekurangan, semangat yang ada pada dirinya wajar dipuji kerana bukan mudah hendak menyanyi secara langsung di negara orang.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Astro Gempak