Pengarah APM Melaka Meninggal Dunia

14 Jun 2022 • 1:24 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

MELAKA TENGAH:
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Left Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra telah menghembuskan nafas terakhir pada 14 Jun 2022 (Selasa) di Unit Kecemasan Hospital Melaka.

Mendiang yang berusia 47 tahun meninggal dunia kira-kira jam 10 pagi tadi selepas rebah secara tiba-tiba di pejabat APM Melaka di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam APM negeri, Leftenan (PA) Erma Rizuan berkata, mendiang masuk ke pejabat seperti biasa pada jam 8 pagi sebelum tiba-tiba mengerang kesakitan dan segera dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Melaka.

“Sejurus sampai, pasukan perubatan terus memberi bantuan kecemasan pernafasan (CPR), namun kami dimaklumkan mendiang meninggal dunia sejam selepas itu,” katanya.

Tambahnya lagi, mendiang masih belum berumahtangga dan berkhidmat di Melaka sejak 1 Januari tahun lalu.

Sepanjang mengenali beliau, mendiang tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan dan punca kematian masih dalam siasatan.

“Buat masa ini, pihak hospital akan melakukan proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya lagi.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved