Pengarah Dedah Drama Khunsa Sebenarnya Dapat Sokongan JAKIM & Doktor Pakar – “Ini Bukan Isu LGBT, Transgender!”

6 Mar 2024 • 4:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, drama arahan Shahrulezad Mohameddin bertajuk Khunsa pernah menjadi bualan dan menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

Bagaimanapun, pengarah tersebut memaklumkan bahawa drama itu telah mendapat sokongan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta beberapa agnesi lain termasuklah WAFIQ, USIM dan doktor pakar PPUKM.

 

Dah sampai masa masyarakat didedahkan isu khunsa

Tambah Shahrulezad, dia terharu dengan sokongan diterimanya itu dan akui sudah sampai masa masyrakat kita didedahkan dengan isu khunsa ini.

JAKIM sangat welcome projek ini. Mereka suka tajuk ini sebab melalui tajuk sendiri telah menceritakan semua. Sudah sampai masa dan JAKIM rasa right time untuk cover isu ini ke depan. Ini bukan isu transgender.

image is not available

Ujarnya lagi, berdasarkan kajian yang dia lakukan inilah kali pertama Malaysia mempunyai naskah seumpama itu, yang menyentuh isu khunsa dalam sejarah sinema drama Melayu.

 

JAKIM sangat membantu

Bagaimanapun, ujarnya, isu khunsa masih disalaherti oleh segelintir masyarakat termasuklah golongan profesional seperti doktor yang menganggap ia adalah isu LGBT.

Isu khunsa ini, tiada orang yang sanggup ke depan, sangat misterius dan tabu. Jadi quite impress dan gembira bila JAKIM sangat membantu. Pakar psikiatri dan pakar kromosom menyokong sama dan mereka masih mengkaji.

image is not available

 

Kena lawan stigma

Tegasnya, khunsa bukanlah isu LGBT seperti yang disangka oleh sesetengah pihak dan dia turut mengajak orang ramai untuk lawan dengan stigma tersebut.

Bila kita buat cerita khunsa, ada yang kata kita normalisasikan LGBT. Ini salah. Bukan!

 

Barat yang cipta label LGBT. Kenapa nak tiru? Habis tu golongan khunsa dinafikan hak mereka? Dalam Islam ada golongan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)

image is not available 4 weeks ago

"Mutu Drama Kelaut! Budak-Budak Buat Dialog Ke" - Terlalu Merepek, Dialog Pelakon Drama Ini Dikritik Doktor

View Original Article