
Mesti ramai kan yang dah layan drama “A Killer Paradox”?
Untuk pengetahuan, “A Killer Paradox” berkisar tentang seorang lelaki biasa bernama Lee Tang (Choi Woo-shik), yang suatu hari membunuh seorang pembunuh bersiri secara bebas. Selepas melakukan jenayah itu, Lee Tang melarikan diri kerana dia dikejar oleh seorang detektif mahir, Jang Nan-gam (Son Suk-ku).
Selain plot menarik, perkara lain yang menjadi bualan adalah wajah pelakon yang memainkan watak Jang Nan-gam ketika muda dalam drama itu, sememangnya sama dengan wajah Son Suk-ku. Mengenai ini, pengarah Lee Chang-hee mendedahkan,
Jika pelakon lain memainkan watak kanak-kanak dalam drama atau filem, mereka sebenarnya mempunyai wajah yang berbeza kan? Tetapi saya tidak suka itu. Semuanya adalah CG. Inilah sebabnya mengapa watak kanak-kanak mereka tiada dialog.

Kongsi pengarah lagi,
Saya mengumpul foto Son Suk-ku dari masa lalu dan melakukan suntingan dengan pasukan CG.
Ohh patutlah sama betul muka dorang!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Pengarah Dedah Perkara Sebenar Dek Wajah Mirip Son Sukku Dengan Pelakon Cilik Dalam ‘A Killer Paradox’ first appeared on KimchiDaily.my.

