Pengarah Jabatan Kerajaan Ditahan SPRM, Syor Syarikat Suami Sebagai Pembekal Makanan

LocalPolitics
27 Aug 2025 • 10:33 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan seorang pengarah jabatan kerajaan kerana disyaki menyalahgunakan jawatan dengan mengesyorkan syarikat suaminya bagi pembekalan makanan dan minuman untuk sebuah program pada 2017.

Pengarah jabatan kerajaan ditahan

Menurut laporan Bernama, sumber berkata, suspek wanita yang berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira 11 pagi Selasa di Pejabat SPRM Pulau Pinang di sini ketika hadir memberi keterangan.

image is not available

Foto: Bernama

“Berdasarkan siasatan awal, suspek sebelum ini dipercayai telah menyalahgunakan jawatan ketika berkhidmat sebagai pegawai di Seberang Perai Utara dekat sini.

“Suspek dipercayai telah menyalahgunakan kuasa dengan mengesyorkan syarikat milik suaminya melibatkan pembekalan makanan serta minuman bernilai hampir RM4,000,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

image is not available

Foto: Bernama

Beliau berkata suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth pada Khamis.

Sumber: Bernama