Pengarah Kongsi Mereka Bercinta? Kim Sohyun Jawab Khabar Angin Percintaan Dengan Minhyun

Entertainment
3 Oct 2023 • 12:49 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Memang tidak dinafikan Kim So-hyun dan Hwang Min-hyun mempunyai keserasian hebat dalam “My Lovely Liar”.

Baru-baru ini, Kim So-hyun telah terlibat dengan satu temu bual, selepas tamatnya drama “My Lovely Liar”.

Sebelum ini, pengarah telah memuat naik video adegan ciuman Kim So-hyun dan Min-hyun di Instagram, menimbulkan khabar angin percintaan antara mereka. Mengenai ini, wanita itu menjelaskan,

Dia memuat naiknya bukan kerana kami bercinta tetapi kerana dia sukakan keserasian kami. Saya dan Min-hyun jadi sangat rapat sehingga kami membuat banyak jenaka bersama.

image is not available

Sambungnya lagi,

Saya rasa kami kelihatan sangat bagus sebagai pasangan di skrin. Saya tidak menjangka akan menerima respon yang hebat untuk chemistry kami. Memandangkan keserasian adalah sangat penting untuk rom-kom, saya berasa lega apabila mengetahui chemistry kami berjaya.

Semoga ada peluang untuk mereka berlakon bersama lagi di masa hadapan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article