Pengarah syarikat direman berhubung sogokan RM50,000 kepada inspektor polis

2 Feb 2023 • 2:10 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Seorang pengarah syarikat pembinaan perpaipan direman lima hari bermula hari ini sehingga 6 Feb bagi membantu siasatan dakwaan menyogok seorang inspektor polis.

Majistret Nur Faizah Abdul Sani mengeluarkan perintah reman itu selepas permohonan reman dikemukakan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Fadzley Abdul Jalil.

Dia ditahan ketika menawar dan memberikan wang suapan RM50,000 kepada pegawai polis berkenaan yang terlibat dalam operasi penyimpanan dan penjualan minyak diesel bersubsidi di sebuah gudang penyimpanan bahan itu di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang pada jam 11.20 malam, pada Rabu.

Lelaki berusia 53 tahun itu didakwa menawarkan suapan tersebut kepada inspektor polis itu sebagai balasan tidak mengambil tindakan atas kesalahannya yang menyimpan dan menjual minyak diesel bersubsidi tanpa lesen.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved