Pengarah Syarikat Hartanah Dari Kuching Mengaku Tidak Bersalah, Salah Guna Wang RM833,000

5 Jun 2024 • 3:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Guna wang hasil jualan lot kedai

Pengarah Syarikat Hartanah Dari Kuching Mengaku Tidak Bersalah, Salah Guna Wang RM833,000. Seorang pengarah syarikat pembangunan hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuching, hari ini atas tuduhan penyalahgunaan wang hasil jualan sebuah lot kedai berjumlah RM833,000.

Chien Chai Ung, 67, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali setelah pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

image is not available
Pengarah Syarikat Hartanah Dari Kuching Mengaku Tidak Bersalah, Salah Guna Wang RM833,000. Sumber: Utusan Borneo

Seksyen tersebut membawa hukuman penjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun, serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, Chien, sebagai pengarah syarikat tersebut, didakwa menyalahgunakan wang hasil jualan sebuah lot kedai di Mukim Sungai Raya, Daerah Kinta, Perak, yang merupakan milik dua lelaki, berjumlah RM833,000.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara 6 dan 22 Disember 2022 di sebuah premis di Jalan Tun Jugah di sini.

Prosiding dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Arman Ibrahim, manakala Chien diwakili oleh peguam Bartholomew Lopez.

Terdahulu, Arman menawarkan jaminan sebanyak RM50,000 terhadap Chien, namun mahkamah membenarkan tertuduh diberi jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Chien juga diarahkan untuk menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Pengurusan kes ditetapkan pada 10 Julai 2024.

Baca lagi artikel menarik: