Pengarah syarikat pemaju ditahan kemuka dokumen palsu projek bernilai RM162 juta

LocalPolitics
7 May 2025 • 8:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang pengarah syarikat pemaju bergelar Datuk ditahan SPRM kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu.

PUTRAJAYA - Seorang pengarah syarikat pemaju bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu kira-kira RM1.65 juta melibatkan pelaksanaan Projek Perumahan Penjawat Awam (PPAM) bernilai kira-kira RM162 juta di Perak.

Menurut sumber, lelaki berusia 60-an itu ditahan pada jam 5.15 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

"Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Mac 2025 dengan mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu kepada pihak bank bagi pengeluaran kira-kira RM1.6 juta, iaitu kemudahan pembiayaan bernilai RM69 juta yang diberikan oleh bank untuk melaksanakan projek tersebut,” kata sumber.

Beliau berkata, lelaki itu kini direman lima hari hingga 11 Mei ini selepas Majistret Siti Roslizawati Mohd Zanin membenarkan permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved