Pengarah syarikat usik meter SESB didenda RM25,000

28 May 2024 • 3:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang pengarah syarikat didenda RM25,000 atau penjara lima bulan kerana secara tidak jujur menghalang meter kepunyaan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk merekodkan penggunaan elektrik bagi meter tersebut.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu ke atas Mah Win Vui, 49, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan dikenakan terhadapnya pada Isnin.

Mah secara tidak jujur memotong kabel merah daripada CT fasa merah pada meter tersebut untuk menghalang SESB merekodkan penggunaan elektrik di sebuah premis di Jalan Telipok Ria, di sini pada 25 April 2018.

Pemilik berdaftar meter itu ialah Mah.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 37 (3) (e) Akta Bekalan Elektrik 1990, boleh dihukum di bawah Seksyen 37 (3) (A) (ii) Akta sama memperuntukkan hukuman denda antara RM20,000 dan RM1 juta, atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam mitigasi, Mah, yang tidak diwakili, memohon denda lebih rendah dengan mengatakan bahawa ini adalah kesalahan pertamanya dan perniagaan tidak begitu baik ketika ini.

Dalam jawapannya, pihak pendakwaan menggesa hukuman pencegahan dijatuhkan atas alasan Mah telah melakukan kesalahan yang serius dan sebagai pengajaran kepadanya serta bakal pesalah supaya tidak melakukan kesalahan yang sama pada masa hadapan.

Difahamkan Mah telah membayar denda itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.