Pengarah universiti direman tujuh hari

20 Sep 2022 • 10:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian.

MELAKA - Seorang pengarah bahagian pengurusan fasiliti sebuah universiti awam (UA) di sini direman tujuh hari atas dakwaan menerima suapan.

Lelaki berusia 50-an itu tiba dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga di Mahkamah Majistret di sini kira-kira jam 9 pagi.

Perintah reman bermula hari ini hingga Isnin depan dikeluarkan Majistret Mazana Sinin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Pada Isnin, Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad dilaporkan berkata, lelaki itu ditahan kira-kira jam 3 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM.

Lelaki itu ditahan atas dakwaan menerima satu suapan harta alih iaitu sebuah kenderaan jenis Honda Accord 2.4 i-vtec yang dianggarkan bernilai RM174,500 daripada seorang pemilik syarikat kontraktor di Klang, Selangor sebagai dorongan untuk memperoleh tender terbuka bernilai RM1,654,350. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved