Pengarah Urusan Syarikat Hartanah Bebas Reman SPRM

31 May 2024 • 8:34 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

IPOH - Seorang pengarah urusan sebuah syarikat berkaitan hartanah yang ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa lepas telah dibebaskan semalam.

Majistret S. Punitha membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam yang mewakili suspek.

Menurut sumber, suspek bebas dengan jaminan RM50,000 beserta dua penjamin dan perlu hadir ke Pejabat SPRM setiap bulan.

Pada Isnin lepas, SPRM menahan suspek ketika hadir memberi keterangan di pejabat agensi itu di sini kerana disyaki memberi rasuah kepada seorang penjawat awam bagi mengubah status Tanah Rizab Melayu seluas 650 hektar.

"Ini menyebabkan Tanah Rizab Melayu tersebut dipecah sempadan dan dipindah milik kepada syarikat serta individu bukan Melayu," katanya.

Berikutan itu, suspek direman empat hari bermula Selasa lepas.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved