Pengasah rancang bawa masuk pelabur China, ceburi industri perikanan laut dalam

LocalBusiness & Finance
8 Sep 2022 • 1:15 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Persatuan Nelayan Negeri Sabah (Pengasah) merancang untuk menceburi industri perikanan laut dalam melalui usaha sama dengan pelabur dari China.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Arsit Haji Sedi berkata pelan itu akan dilaksanakan sekiranya mendapat sokongan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-25 persatuan itu yang berlangsung Rabu.

Beliau berkata mesyuarat berhubung perkara itu telah diadakan dengan Lembaga Pengarah Pengasah bagi menjelaskan keperluan membawa masuk pelaburan itu ke Sabah.