Pengasas Ahmad Zaki Resources meninggal dunia

LocalBusiness & Finance
13 Nov 2024 • 12:42 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Tan Sri Wan Zaki Wan Muda yang merupakan pengasas Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB), meninggal dunia malam tadi, pada usia 75 tahun.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini, lapor BH.

Sebelum menyertai dunia perniagaan, Allahyarham pernah berkhidmat di beberapa syarikat milik kerajaan negeri di Pahang dan Terengganu.

Beliau telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Eksekutif AZRB pada 1999 dan menjawat jawatan Pengerusi Eksekutif AZRB pada 2004.

Selepas bersara, Wan Zaki menjadi penasihat kumpulan.

AZRB, yang disenaraikan di Bursa Malaysia, telah terlibat dalam beberapa projek utama termasuk Jambatan Putra di Kuantan, Pintasan Saloma di Kuala Lumpur, Universiti Teknologi Petronas, dan Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah di Pahang.

Selain pembinaan dan kejuruteraan, syarikat ini juga terlibat dalam sektor minyak dan gas, hartanah, konsesi, dan perladangan. - 13 November, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved