Pengasas EHati Ditahan Selepas Tampil Bagi Kenyataan Di Balai Polis -Peguam

LocalPolitics
15 Jul 2025 • 4:40 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini.

image is not available

Peguam sahkan pengasas eHati ditahan

Memetik laporan daripada Buletin TV3, penahanan tersebut disahkan oleh peguam mereka, Datuk M Reza Hassan yang turut hadir bersama kedua-dua anak guamnya ketika sesi soal siasat dijalankan.

Menurutnya, sejurus selesai memberikan kenyataan, pasangan itu telah ditahan oleh anggota dari IPD Shah Alam.

“Anak guam saya ditahan mengikut Seksyen 294 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil,” katanya ringkas.

image is not available

Pengasas eHati nafi segala tuduhan

Sementara itu, kemas kini maklumat berhubung tangkapan pasangan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Terdahulu, pengasas kepada eHati, menggunakan Facebook Diyana Tahir telah mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadapnya serta program yang dianjurkan.

image is not available

Tegasnya, program yang diajar adalah inisiatif untuk memulihkan hubungan suami isteri dan bukan mengajar ajaran sesat seperti tular sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Sumber: Buletin TV3