Pengasas giat selamatkan barang2, kedai makan tampung madrasah dirempuh kepala air

LocalEnvironment
30 Nov 2024 • 2:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
giat selamatkan barang2

Pengasas sebuah madrasah di Hulu Terengganu dilihat giat selamatkan barang2 perniagaan di kedai makan susulan lokasi tersebut dirempuh kepala air sehingga menenggelamkan kawasan tersebut.

Menerusi video yang tular di media sosial, pengasas yang dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik dalam kalangan penduduk sekitar dilihat sedang menarik tumpukkan kerusi dalam hujan bersama orang ramai supaya tidak dibawa arus yang agak deras.

image is not available

Pengasas giat selamatkan barang2 perniagaan dari hanyut dibawa arus

Menurut perkongsian dari Facebook Teganukita, kedai makan tersebut adalah sumber utama perbelanjaan buat madrasah yang diasaskan oleh ustaz terbabit bagi menampung pelajar dari golongan remaja hingga warga emas.

image is not available

Pengasas giat selamatkan barang2 perniagaan, hanya mampu tawakal lihat keadaan kedai

Menerusi video yang dikongsi, kepala air yang melalui kawasan kedai makan berkenaan cukup deras sehingga hanya bumbung sahaja yang terlihat dan masing-masing hanya mampu berdoa segala urusan dipermudah memandangkan tak semua barangan dapat diselamatkan.

Semoga urusan ustaz & madrasah dipermudah

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berasa hiba dengan situasi tersebut dan mendoakan supaya urusan pengasas madrasah itu dipermudah.

Mereka juga meminta supaya ustaz dan juga komuniti yang berada di sana untuk sentiasa berhati-hati memandangkan air semakin naik dan deras sehingga boleh mengundang bahaya.

image is not available

Nampak air naik cepat dan deras

image is not available

Semoga Allah gantikan yang lebih baik

image is not available

Sekadar info, bilangan mangsa banjir di sembilan negeri kini hampir mencecah 120,000 orang membabitkan 35,984 keluarga setakat pagi ini.

Kesemua mangsa banjir telah ditempatkan di 696 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara dengan negeri Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi mangsa.

Sumber: Facebook teganukita, TikTok qushairi96