Pengasas Gojek Dipenjara 10 Tahun Kerana Didapati Bersalah Dalam Skandal Chromebook

WorldPolitics
30 Jun 2026 • 7:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengasas Gojek,, Nadiem Makarim dijatuhi hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan rasuah berkaitan perolehan Chromebook ketika pandemik semasa beliau menyandang jawatan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Riset, dan Teknologi Indonesia (Mendikbudristek). Mahkamah turut mengarahkan beliau membayar denda Rp 1 bilion (~RM 228,319) dan memulangkan semula Rp 809 bilion (~RM 185 juta), atau berdepan hukuman tambahan

Perolehan komputer Chromebook tersebut didakwa menyebabkan kerugian Rp 2.18 trilion (~RM 411 juta) ke atas negara yang didakwa tidak wajar. Selain itu Nadiem yang meletakkan jawatan sebagai CEO Gojek pada tahun 2019 untuk menyandang jawatan Mendikbudristek turut didakwa turut meningkat kekayaan diri sebanyak Rp 809 bilion dengan menjadikan Google “pengawal tunggal ekosistem pendidikan Indonesia”.

Image from: Pengasas Gojek Dipenjara 10 Tahun Kerana Didapati Bersalah Dalam Skandal Chromebook
Nadiem Makarim

Kementerian telah menentukan sejak 2018 bahawa Chromebook tidak sesuai untuk pembelajaran kerana memerlukan sambungan internet stabil yang mewujudkan masalah di kawasan luar bandar Indonesia. Sungguhpun begitu pembelian tetap diteruskan selepas beberapa pertemuan Nadiem dengan wakil Google Asia Pacific dan Google Indonesia pada 2020.

Nadiem menafikan dakwaan ini dengan mengatakan harga Chromebook yang dibeli adalah secara purata 10–30% lebih murah dan pemasangan ChromeOS adalah percuma berbanding sistem operasi lain. Beliau juga mengakui bahawa institusinya telah mengedarkan 1.1 juta komputer riba, modem 3G dan projektor ke lebih 77,000 sekolah di seluruh Indonesia.

Google pula mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan mereka menggunakan hubungan dengan Nadiem untuk memenangi kontrak. Google turut menyatakan Chromebook direka untuk kegunaan bilik darjah dan mampu berfungsi di luar talian.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved