Pengasas Google Mengatakan Kembali Bekerja Dari Pejabat Sepenuhnya Merupakan Kunci Utama Dalam Perlumbaan AGI

TechnologyDigital
1 Mar 2025 • 11:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sergey Brin, pengasas bersama Google sedia kembali kepada operasi syarikat berkenaan, terutamanya memfokuskan dalam pembangunan kecerdasan buatan sejak setahun dua kebelakangan ini. Langkah ini diambil dalam memastikan Google tidak tertinggal dalam perlumbaan arena kecerdasan buatan, apatah lagi dengan penawaran mengejut ChatGPT sejak 2022 lepas.

image is not available

Terbaru, melalui sebuah laporan New York Times, pengasas Google berkenaan menghantar memo meminta semua pekerja kembali ke pejabat untuk bekerja, yang mana dijangka akan membantu Google dalam memenangi dan menerajui perlumbaan mencapai fasa AGI.


Fasa AGI ini dikatakan ramai sebagai fasa dimana kecerdasan buatan boleh beroperasi setara pemikiran manusia.

Selain kembali ke pejabat sepenuhnya, Sergey Brin mengatakan bekerja sekitar 60 jam seminggu merupakan antara titik yang baik untuk produktiviti.

Perkongsian ini menerima pelbagai reaksi dan maklumbalas berbeza daripada orang ramai.

Untuk makluman, buat masa ini, Google memerlukan pekerja mereka bekerja sekurang-kurangnya 3 hari seminggu di pejabat. Namun, pelbagai syarikat teknologi telah mula menguat-kuasa kembali arahan untuk bekerja sepenuhnya dari pejabat kebelakangan ini. Memo yang dihantar oleh Sergey Brin ini dikatakan bukan merupakan arahan rasmi, dan lebih kepada perkongsian pandangan pengasas berkenaan dalam memastikan Google menerajui arena kecerdasan buatan.