Pengasas Hijabista Hub Dah Tahu Perancangan Kahwin BASS Sejak Syawal, Pilih Hormati Privasi Pengantin

Entertainment
19 Oct 2026 • 4:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pengasas Hijabista Hub Puan Wanie Elena dan suami Encik Syafiq Hilmi mendedahkan mereka sudah mengetahui perancangan perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq, atau BASS, sejak pertemuan awal membincangkan kolaborasi bersama pasangan itu sekitar Syawal tahun ini.

Bagaimanapun, mereka memilih untuk menghormati privasi pasangan serta keluarga dan menunggu pengumuman daripada pihak pengantin sendiri.

Advertisement
View this post on Instagram

Sejak Bila BASS Reveal Tarikh Nikah?

Menurut pihak Hijabista Hub, maklumat mengenai tarikh perkahwinan itu diterima lebih awal sepanjang perbincangan kerjasama mereka.

“Jadi kita tunggu daripada pihak mereka yang reveal.”

Mereka menjelaskan bahawa pasangan itu sendiri memaklumkan perancangan berkenaan ketika membincangkan kolaborasi selama setahun bersama Hijabista Hub.

“We’re planning for the one year collaboration HIJABISTAHUB bersama BASS so we know that one of it is the wedding lah.”

View this post on Instagram

Tarikh Nikah 10 Oktober Kekal Sejak Awal

Encik Syafiq dan isteri, Puan Wani Elena juga mendedahkan bahawa mereka  turut menerima jadual pasangan berkenaan bagi membolehkan mereka meneliti tarikh yang terlibat dalam perancangan kerjasama.

Menurut mereka, tarikh resepsi mengalami perubahan, manakala jadual bulan madu serta urusan di Muar dan Sabah turut disebut sebagai antara yang berubah. Namun, tarikh nikah kekal seperti perancangan asal.

“Tapi tarikh nikah 10.10 tu itu memang daripada awal tak berubah dan memang kita tahu awal dah.”

 

View this post on Instagram

Turut Tertanya-Tanya Tentang Hubungan BASS

Menariknya, pihak Hijabista Hub mengakui pada awalnya mereka juga tertanya-tanya sama ada hubungan pasangan itu sekadar kandungan untuk menarik perhatian ramai.

Namun, selepas mengenali pasangan berkenaan, mereka melihat hubungan tersebut sebagai sesuatu yang serius.

“But then ya kami nampak itu adalah satu hubungan yang serius dan akhirnya hari ni ke jinjang pelamin.”

Mereka turut meluahkan rasa gembira dan mendoakan agar rumah tangga yang dibina pasangan itu berkekalan.

“Kami doakan supaya hubungan yang dibina ini mahligai yang dibina ini aa akan berbahagia kekal selamanya insyaAllah.”

zhi2026-10-19 11:10:32

Empat Bulan Simpan Rahsia, Zhidin Akui Sudah Lama Tahu Tentang Majlis BASS

The post Pengasas Hijabista Hub Dah Tahu Perancangan Kahwin BASS Sejak Syawal, Pilih Hormati Privasi Pengantin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved