Pengasas HYGR Mohon Maaf, Nafi Dakwaan Perlekeh Rimba Di KLIA1 [Video]

LocalBeauty
19 Jun 2026 • 11:40 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Pengasas HYGR Mohon Maaf, Nafi Dakwaan Perlekeh Rimba Di KLIA1 [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, pengasas jenama kecantikan tempatan, HYGR, Ivor Lim telah berkongsi video dirinya melawat Rimba Jungle Boardwalk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Terminal 1 (KLIA1).

Dalam video tersebut, dia menulis, “Tibe (tiba-tiba) kita ada kita punya Changi Jewel versi Malaysia di KLIA1.”

Dalam video sama, dia turut menunjukkan replika-replika hidupan popular di Malaysia yang terletak di sana seperti bunga rafflesia dan burung Enggang.

Ivor Lim Mohon Maaf, Nafi Ada Berkata Malaysia Negara Yang Ketinggalan

Bagaimanapun, sesetengah individu mendakwa bahawa Ivor telah menyindir infrastruktur Rimba dengan membandingkan dengan fasiliti di negara jiran, Singapura.

Ambil maklum kritikan ramai, Ivor telah tampil memohon maaf dan menjelaskan tentang niat asalnya berkongsi video mengenai Rimba di KLIA1.

Menurutnya, dia tidak pernah menyatakan atau memberi gambaran bahawa Malaysia adalah sebuah yang negara lemah, ketinggalan, atau tidak mampu menghasilkan pengalaman bertaraf dunia.

Ivor Dakwa Netizen Sunting Video Asal Di Rimba Hingga Wujudkan Naratif Mengelirukan

Ivor berkata ada pihak yang telah memuat naik video yang disunting dan diambil beberapa bahagiannya hingga membuatkan ramai salah faham.

“Video yang sedang tular ketika ini telah disunting secara terpilih dengan beberapa bahagian penting perbualan dipotong sehingga mewujudkan naratif yang mengelirukan dan tidak menggambarkan pandangan sebenar saya.

“Malangnya perkara ini telah menimbulkan persepsi bahawa saya mengkritik Malaysia atau Rimba, sedangkan itu bukanlah maksud saya sama sekali. Saya memohon maaf sekiranya video tersebut telah menimbulkan sebarang tanggapan yang salah yang tidak pernah saya niatkan,” katanya.

Hanya Mahu Kongsi Pengalaman Sebagai Pengguna Untuk Penambahbaikan Di Rimba

Dalam kenyataan sama yang dikeluarkan semalam (18 Jun), Ivor berkata bahawa tujuan sebenar dia memuat naik video itu adalah untuk membincangkan pengalaman dari sudut seorang pengunjung dan sebagai ruang penambahbaikan bagi Rimba, bukannya memperlekehkan Malaysia seperti dakwaan ramai.

“Sebagai usahawan Malaysia, saya sentiasa berbangga menyokong serta membangunkan jenama tempatan dan percaya bahawa maklum balas yang membina adalah penting untuk membantu industri kita terus berkembang menjadi lebih baik.

“Saya dengan rendah hati meminta orang ramai untuk merujuk konteks penuh dan versi yang tidak disunting sebelum membuat sebarang kesimpulan mengenai niat atau pandangan saya,” katanya.

Ivor turut berkongsi pautan video sebenar yang dimuat naik olehnya tanpa sebarang suntingan:

View this post on Instagram

A post shared by ivor xian z (@ivor_xianz)

Sedang Dapatkan Nasihat Undang-undang Untuk Lindungi Reputasi Diri & HYGR

Dalam pada itu, Ivor juga memaklumkan bahawa dia kini sedang mendapatkan nasihat undang-undang dan akan mengambil segala langkah yang perlu bagi memastikan reputasinya termasuk nama baik HYGR sentiasa dilindungi.

View on Threads

Netizen Dakwa & Tak Setuju Ivor Bandingkan Jewel Changi & Rimba Di KLIA1

Sebelum ini, sesetengah netizen berpendapat bahawa Ivor tidak sepatutnya membandingkan Lapangan Terbang Changi Singapura dan KLIA. Hal ini kerana dari dulu, warga Singapura dan Malaysia sering berlumba dan bergaduh tentang ‘siapa buat dulu’, ‘siapa punya lebih baik’ dan sebagainya.

Seorang individu berkata penubuhan Rimba bertujuan untuk menampilkan biodiversiti negara ini dan menunjukkan bahawa Malaysia kaya dengan identitinya sebagai Hutan Hujan Tropika.

View on Threads

Video yang mendapat kritikan ramai ini juga telah menyebabkan ramai mahu mula memboikot jenama HYGR.

Image from: Pengasas HYGR Mohon Maaf, Nafi Dakwaan Perlekeh Rimba Di KLIA1 [Video]
Image from: Pengasas HYGR Mohon Maaf, Nafi Dakwaan Perlekeh Rimba Di KLIA1 [Video]
Image from: Pengasas HYGR Mohon Maaf, Nafi Dakwaan Perlekeh Rimba Di KLIA1 [Video]
Sumber: Threads

Rimba Adalah Sebuah Hutan Mini Di KLIA1

Sebagai info, Rimba adalah sebuah hutan mini dalam bangunan satelit Terminal 1 KLIA.

Hutan mini berkeluasan 970 meter persegi ini mula diperkenalkan dan dibuka kepada orang ramai pada 1 Januari 2026.

View this post on Instagram

A post shared by KL International Airport (@klinternationalairport)

Baca Artikel Berkaitan: TikToker Malaysia Dedah Kos Bayar Papan Iklan 15 Saat Di Times Square, New York

View Original Article