Pengasas Silk Road Bebas Daripada Penjara Seumur Hidup Selepas Diampunkan Presiden Trump

TechnologyDigital
22 Jan 2025 • 11:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengasas laman Silk Road, Ross William Ulbricht kini bebas daripada hukuman penjara seumur selepas diberikan pengampunan oleh Presiden Donald Trump. Beliau didapati bersalah mengendalikan laman pasaran gelap Silk Road yang digunakan untuk tujuan jenayah seperti penjualan narkotik, data yang digodam, dokumen pengenalan palsu, perkhidmatan pembunuh upahan dan pengubahan wang haram.

image is not available

Silk Road ditubuhkan pada tahu 2011 sebelum ditutup oleh FBI pada tahun 2013. Transaksi pasaran gelap bernilai $200 juta dipercayai dilakukan menerusi laman dalam tempoh tersebut. Ulbricht sudah meringkuk di penjara selama 11 tahun. Yang menjadikan Silk Road unik ialah kesemua transaksi dilakukan menggunakan Bitcoin bagi menyukarkan ia dijejak oleh pihak berkuasa. Ini adalah antara sebab mengapa mata wang kripto mempunyai konotasi negatif sehingga ke hari ini.

View Original Article