Pengasuh didakwa aniaya kanak-kanak lima tahun

16 Jan 2023 • 4:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang pengasuh di sebuah pusat jagaan didakwa atas tuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki, Ogos tahun lepas. - Foto Bernama.

KUALA TERENGGANU - Seorang pengasuh di sebuah pusat jagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki, Ogos tahun lepas.

Tertuduh Norafifi Muda, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Dia didakwa menganiaya kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu di sebuah pusat jagaan di Bukit Besar di sini, sekitar Ogos 2022 pada pukul 6 pagi hingga 10 malam sehingga mengakibatkan kecederaan fizikal.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamul-Din, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shahir Mat Jusoh.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - Bernama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved