Pengasuh taska disyaki terlibat kematian bayi empat bulan ditahan

12 Jan 2025 • 3:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 12 JAN: Polis menahan seorang pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) dipercayai berkait kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan 3 Jan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Akmalrizal Radzi bagaimanapun berkata wanita warga tempatan berusia awal 30-an itu telah dilepaskan dengan jaminan polis.

“Pihak polis kini sedang menunggu arahan Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, beliau dilaporkan berkata siasatan awal mendapati terdapat unsur kecuaian atau pengabaian oleh pengasuh tersebut yang didapati telah meninggalkan mangsa tanpa pemantauan sewajarnya dalam tempoh yang lama.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor Azmir Kassim sebelum ini dilaporkan berkata taska yang dipercayai terbabit dalam kes kematian bayi itu telah diarahkan tutup pada Selasa lepas (7 Jan).

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved