Pengawal Keselamatan Cedera Dilibas Pedang Meninggal Dunia, Kes Mungkin Dipinda Seksyen 302

8 Aug 2022 • 10:06 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pengawal keselamatan, Ismail Ahmad, yang cedera parah selepas dilibas sebilah pedang meninggal dunia kira-kira 6 petang di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) semalam.

image is not available

Terdahulu, mangsa dikatakan telah menegur perbuatan suspek yang menunggang motosikal secara bahaya di tapak projek. Kemudian berlaku pertengkaran antara mereka menyebabkan suspek beredar.

Suspek datang semula bersama dua rakan dan melibas sebilah pedang terhadap mangsa.

image is not available

Memetik laporan Harian Metro, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan punca kematian hanya akan diketahui selepas proses bedah siasat.

Menurut sumber lagi, pertuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan kecederaan menggunakan sebilah pedang terhadap mangsa mungkin bakal dipinda mengikut Seksyen 302 KK kerana membunuh.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.