Pengawal keselamatan didakwa bunuh rakan sekerja

LocalPolitics
30 Sep 2024 • 2:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian pada Ahad.

KUALA SELANGOR - Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas pertuduhan membunuh rakan sekerjanya pada 15 September lepas.

Wan Shahrizan Wan Kadir, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki tersebut kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Wan Shahrizan didakwa membunuh Raja Azman Raja Abdul Tahir, 43, di pondok pengawal keselamatan sebuah sekolah di Sabak Bernam dekat sini antara jam 2.30 pagi sehingga 4 pagi, pada 15 September lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 13 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Azali Ibrahim dan mahkamah menetapkan 4 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes.

Semalam, media melaporkan masalah peribadi dan hutang dipercayai motif pembunuhan pengawal keselamatan yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama di Sabak Bernam pada 16 September lepas. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved