Pengawal keselamatan dilanggar ketika leraikan pergaduhan

10 Mar 2025 • 8:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tular di media sosial rakaman video yang memaparkan pergaduhan di antara beberapa pihak dengan keadaan memuncak apabila seorang individu dilanggar sebuah kereta.

SHAH ALAM - Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.



Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Foong berkata, dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, lelaki warga tempatan berusia 33 tahun berkenaan merupakan seorang daripada beberapa pengawal keselamatan yang cuba meleraikan pergaduhan antara pelanggan sebelum seorang suspek bertindak melanggar mangsa.



"Mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang. Selain patah tulang pinggul kanan, mangsa juga mengalami luka di bahagian perut namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.



Beliau berkata, punca pergaduhan masih disiasat dan polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 43 tahun kira-kira 3.30 petang tadi.



Semakan menunjukkan suspek mempunyai tiga rekod jenayah dan satu rekod kesalahan dadah manakala kes disiasat di bawah Seksyen 307 dan 148 Kanun Keseksaan.



Terdahulu, tular di media sosial rakaman video yang memaparkan pergaduhan di antara beberapa pihak dengan keadaan memuncak apabila seorang individu dilanggar sebuah kereta. - Bernama



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved