
Pengawal Keselamatan Korea Utara Dirakam “Test” Kemampuan Kerusi Tampung Berat Kim Jong Un
Sidang kemuncak antara pemimpin Korea Utara bersama pemimpin Rusia dimulakan dengan pemeriksaan kerusi oleh pengawal keselamatan Kim Jong Un, lapor Daily Mail.
Menerusi perkongsian video yang tular, pengawal keselamatan Kim dilihat menjalankan pemeriksaan rapi di kerusinya menjelang sidang kemuncak di Rusia pada semalam.
Seorang pengawal bersarung tangan putih dan bersut gelap dilihat sedang mengelap kerusi hitam dengan kain putih sebelum kedua-dua pemimpin itu duduk untuk pertemuan tersebut.
Pertemuan itu dikatakan berlangsung lebih empat jam di pelabuhan angkasa Rusia di Far East.
Pengawal keselamatan itu membersihkan tempat duduk tersebut, dibelakang kerusi dan tempat letak tangan sambil diiringi oleh beberapa pegawai Korea Utara yang lain.

Selepas memastikan kerusi itu bersih, pegawai kedua kemudiannya dilihat menguji ketahanan kerusi itu.
Pemeriksaan itu dibuat bagi menguji sama ada ia cukup kuat untuk menampung berat pemimpin tersebut.
Selain itu, pegawai Kim juga dilihat mengimbas kerusi tersebut dengan peranti pengesan logam kecil. Ia dibuat bagi mengesan jika terdapat kewujudan perangkap samar.
Semasa pemeriksaan, pegawai ketiga Korea Utara turut hadir untuk membantu dan mengarahkan pegawai lain ketika menguji beratnya.

Pemeriksaan keselamatan itu turut dihadiri oleh seorang pegawai yang dipercayai sebagai orang Rusia.
Pegawai Rusia itu memerhati dengan teliti salah seorang pegawai Korea Utara tersebut.
Salah seorang pegawai keselamatan Korea Utara juga keberatan untuk membiarkan pengawal Putin itu mendekati kerusi tersebut.
Sehingga kini, masih tidak jelas siapa yang merakam video tersebut atau mengapa pemeriksaan itu dilakukan dan apa yang mereka periksa dengan peranti itu.
Skuad serangan Putin diketahui mampu menggunakan ejen maut Novichok dan Polonium 210 mereka untuk meracuni musuh.
Dengan kemampuan itu, ia jelas mengapa pegawai dari Korea Utara itu melakukan pemeriksaan tersebut.
Untuk pemeriksaan keteguhan kerusi, pemeriksaan tersebut jelas perlu dilakukan kerana diktator Korea Utara itu dilaporkan mempunyai berat lebih 300 paun (136kg).
Selain pemeriksaan keselamatan, diktator Korea itu juga telah mengambil langkah berjaga-jaga lain dalam lawatan terbarunya itu.
Kim dikatakan enggan menggunakan pesawat untuk melakukan perjalanan sejauh 948 batu dari Vladivostok ke pelabuhan angkasa di wilayah Amur.
Sebaliknya, Kim berkeras untuk menggunakan kereta api mewah yang berperisai untuk perjalanan dari Pyongyang itu. Kereta api itu diketahui datang dengan butiran keselamatan yang pelbagai.
Sumber: Daily Mail
The post Pengawal Keselamatan Korea Utara Dirakam “Test” Kemampuan Kerusi Tampung Berat Kim Jong Un appeared first on Siakap Keli.

