Pengawal keselamatan mati dipijak gajah di Kelantan

3 Aug 2023 • 4:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan maut dipercayai dipijak gajah liar di ladang sawit dekat Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang.

Ketua Polis Gua Musang Sik Choon Foo berkata siasatan awal mendapati mangsa berusia 42 tahun bersama rakannya menunggang motosikal untuk memancing pada 4 petang semalam.

Semasa mendaki bukit, katanya, dua ekor gajah dewasa tiba-tiba keluar dari sebelah kanan mereka.

“Mereka cuba melarikan diri, namun terjatuh dari motosikal. Rakan mangsa yang berada di belakang berjaya melarikan diri.

SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more “Selepas dua ekor gajah itu meninggalkan tempat kejadian, rakan mangsa kembali ke lokasi dan mendapati mangsa sedang kesakitan di dalam semak,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Pos Brooke oleh rakannya sebelum disahkan meninggal dunia pada 4.45 petang.

Katanya, bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa akibat kecederaan paru-paru dan terdapat kesan lebam di pinggang kiri mangsa, dipercayai dipijak gajah.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati ada kesan tapak kaki gajah dan laporan bedah siasat konsisten dengan keterangan kejadian serta saksi bahawa mangsa mati dipijak gajah.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.