Pengawal Keselamatan Tadika Di Miri Ditemui Maut Dalam Bilik

13 Jan 2024 • 3:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pengawal keselamatan tersebut ditemui maut dengan kecederaan di kepala

Pengawal Keselamatan Tadika Di Miri Ditemui Maut Dalam Bilik. Dilaporkan bahawa seorang pengawal keselamatan yang berkhidmat di sebuah tadika terletak di Taman Tunku Miri dtemui maut dengan kecederaan di kepala pagi tadi.

Menurut laporan portal berita tempatan, kejadian malang itu terbongkar kira-kira jam 11 pagi hari ini apabila orang ramai terjumpa mangsa di tempat kejadian sebelum segera menghubungi pihak polis.

image is not available
Pengawal Keselamatan Tadika Di Miri Ditemui Maut Dalam Bilik

Disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan

Ambulans dari Hospital Miri kemudiannya segera digegaskan di lokasi kejadian dan kakitangan perubatan telah mengesahkan pengawal keselamatan itu telah meninggal dunia.

Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui di dalam bilik yang terletak di belakang salah satu blok sekolah berkenaan. Dikatakan juga, bangunan sekolah itu kini dalam pembinaan.

image is not available

Pintu masuk bangunan diarah untuk tutup

Berdasarkan penemuan pagi ini, pintu masuk ke bangunan itu telah diarahkan untuk tutup bagi memberi jalan untuk pihak polis melakukan siasatan.

Polis kini sedang giat berusaha untuk menentukan keadaan sekitar kematian pengawal keselamatan tersebut.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/remaja-mengaku-rogol-teman-wanita-12-tahun/

https://www.iloveborneo.my/myairline-dapat-pelabur-dari-timur-tengah/

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved