Pengawal Media Kereta Sony XAV-AX6000 Dan XAV-AX4000 Tampil Dengan Sokongan Apple Car Play Dan Android Auto Sekaligus

TechnologyDigital
13 Jun 2022 • 4:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kebelakangan ini, penggunaan pengawal media kereta yang lebih moden menjadi semakin biasa, dengan kereta-kereta yang dijual hari ini secara lazimnya akan menawarkan sokongan untuk Android Auto ataupun Apple Car Play yang memudahkan pemandu untuk menggunakan peranti pintar mereka sebagai alat media utama kenderaan.

image is not available

Sehubungan dengan itu, Sony Malaysia mengumumkan bahawa siri pengawal media kereta mereka, iaitu Sony XAV-AX6000 dan Sony XAV-AX4000 akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi dan akan tampil dengan sokongan untuk kedua-dua Android Auto dan Apple Car Play sekaligus.

image is not available

Kedua-dua peranti ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 6.95 inci dengan fungsi sesentuh, dimana model AX6000 mempunyai rekaan nirbingkai yang sangat cantik sekali. Ia juga tampil dengan palam HDMI yang boleh digunakan untuk disambungkan kepada peranti media yang lain, dimana panel ini boleh digunakan untuk menonton media tersebut.

image is not available

Dari segi sokongan audio, kedua-dua pengawal media ini hadir dengan sokongan LDAC, yang membolehkan pengguna untuk menikmati pendengaran kualiti audio penstriman nirwayar dengan kadar bit yang tinggi melalui Bluetooth. Dalam pada itu, ia juga menyokong format audio FLAC dan mempunyai sokongan untuk sistem pembesar suara 4.1 dalam kereta.

image is not available

Bagi kereta-kereta dengan sensor dan kamera mengundur, kedua-dua panel ini juga boleh disambungkan kepada kamera tersebut tanpa masalah, dan untuk memudahkan lagi pemasangan, peranti ini hanya memerlukan ruangan 1 DIN untuk memasangnya.

Sony Malaysia mengatakan bahawa kedua-dua unit Sony XAV-AV4000 dan Sony XAV-AV6000 ini akan memasuki pasaran tempatan pada bulan Ogos dan September ini pada tanda harga yang akan diumumkan kelak.

View Original Article