Pengawal selia penerbangan India benarkan Air India, Indigo import pesawat

1 Aug 2023 • 4:13 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW DELHI: Kerajaan India pada Isnin berkata pengawal selia penerbangan negara itu pada prinsipnya meluluskan Air India dan Interglobe Aviation, pengendali Indigo, untuk mengimport pesawat.

Kenyataan itu dibuat oleh menteri muda penerbangan awam V.K. Singh di Dewan Negara India, Rajya Sabha.

Kedua-dua syarikat penerbangan itu diberi kelulusan masing-masing untuk mengimport 470 dan 500 pesawat, lapor Xinhua.

Menteri itu berkata kos untuk memperoleh pesawat ini, yang merupakan transaksi komersial antara syarikat penerbangan itu dan Pengeluar Peralatan Asal (OEM), tidak dinyatakan.

“Ketersediaan slot parkir telah dipastikan pada masa pemberian NOC (Sijil Tiada Bantahan) untuk import sebenar pesawat. Mengikut pelan induksi syarikat penerbangan, pesawat itu dicadang diimport dalam tempoh 2023-2035,“ menurut Singh.

Berdasarkan perancangan Air India, syarikat itu mahu mengimport sejumlah 210 pesawat A320 Neo, 140 pesawat B737, 40 pesawat A350, 10 pesawat B777-9, 20 pesawat B787-9, dan 50 pesawat B737-8.

Indigo pula merancang untuk mengimport 500 pesawat A320 Neo. -Bernama

View Original Article