Pengecas Anker Prime Smart Display (160W) dan Nano Smart Display (100W) Dilancarkan – Harga Bermula RM229

TechnologyDigital
24 Feb 2026 • 6:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anker Prime Smart Display Charge (160W) dan Anker Nano Smart Display Charger (100W) yang baru sahaja diperlihatkan di CES pada Januari lalu telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini. Kedua-duanya menawarkan pengecasan berkuasa tinggi, sokongan multi USB dan saiz yang kompak.

image is not available

Anker Prime Smart Display Charger (160W) (A2687) dilengkapi tiga port pengecasan USB-C
dengan output 160W. Setiap port boleh melakukan pengecasan pada kuasa maksimum 140W. Apabila tiga peranti dicas, port menawarkan kuasa 70W+70W+20W. Saiznya kecil dan hanya sebesar 220 gram yang menjadikannya lebih kecil kompak berbanding pengecas lain di pasaran.

Terdapat skrin pada bahagian atas pengecas yang memaparkan maklumat port mana digunakan, kuasa pengecasan yang dilakukan, suhu dan mengakses tetapan memberikan kepentingan kepada port tertentu. Pengecas mempunyai sokongan bluetooth membolehkan ia dikawal daripada telefon menggunakan aplikasi Anker.

image is not available

Anker Nano Smart Display Charger (100W) (A121B) pula dilengkapi port 2x USB-C dan 1xUBS-A dengan output kuasa 100W. Apabila ketiga-tiga pengecas digunakan, pengagihan kuasa ialah 80W+12W+7.5W. Setiap port USB-C boleh mengecas pada kuasa sehingga 100W sementara USB-A pula sehingga 33W. Skrin pada sisi pengecas boleh memaparkan grafik penggunaan port, kuasa pengecasan dan suhu. Model ini tidak menyokong aplikasi Anker.

Anker Prime Smart Display Charger (160W) (A2687) dijual pada harga RM 489 manakala
Anker Nano Smart Display Charger (100W) (A121B) pula RM 229 bermula esok.

View Original Article