
Kota Kinabalu: Seorang pengecat kenderaan berusia 43 tahun yang didakwa membunuh seorang lelaki berusia 25 tahun di Inanam, akan dibicarakan pada Julai tahun ini.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Dr Lim Hock Leng melalui prosiding zoom menetapkan 15-19 Julai dan 29 – 31 Julai untuk perbicaraan Jan Esa.
Jan, seorang pemegang dokumen IMM13 dituduh melakukan jenayah itu terhadap Chung Zi Qian pukul 1.24 petang, pada 22 Feb, 2022 di kawasan semak berhadapan tokong Persatuan Taoisme San Ching Kota Kinabalu, Jalan Kionsom Lama.
Jan pada 7 Dis, 2023 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Pertuduhan itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Dacia Jane Romanus melakukan pendakwaan manakala Jan diwakili peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah.
Sementara menunggu tarikh itu, Jan diperintahkan direman lanjut kerana pertuduhan terhadapnya tidak memperuntukkan ikat jamin.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, sebuah syarikat didenda RM2,000 atau 30 hari penjara kerana mengambil bahagian dalam penyiaran iklan berkaitan kemahiran atau perkhidmatan tanpa kelulusan Lembaga Pengiklanan Ubat.
Pantai Medical Centre Sdn Bhd yang diwakili wakilnya mengaku bersalah di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim melakukan kesalahan itu pukul 9 pagi pada 21 Sept, 2023 di Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Sabah, bangunan KWSP di sini.
Pertuduhan menyatakan bahawa syarikat itu mengambil bahagian dalam penyiaran iklan tanpa kelulusan Lembaga Pengiklanan Ubat, berkaitan kemahiran atau perkhidmatan yang merujuk kepada sebarang kemahiran atau perkhidmatan yang berkaitan dengan rawatan, pencegahan sebarang penyakit, penyakit, kecederaan, lemah tubuh badan atau keadaan yang menjejaskan tubuh manusia iaitu Strok dan yang mampu mendorong, atau mengandungi pelawaan, sama ada secara tersurat atau tersirat, kepada mana-mana orang yang dirujuk dalam iklan berhubung kemahiran atau perkhidmatan tersebut.
Syarikat itu melanggar Seksyen 4A Ubat (Iklan dan Jualan) 1956 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1) Akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan .
Pegawai pendakwa dari Jabatan Farmasi, Abu Suffian A. Rahman memaklumkan mahkamah bahawa pegawai penguat kuasa Farmasi pada 21 Sept, 2023 mendapati iklan tersebut bertajuk “Vital to know symptoms” dalam akhbar harian tempatan bertarikh 15 Ogos, 2023 yang mengiklankan kemahiran dan perkhidmatan perkhidmatan kesihatan strok oleh sebuah hospital swasta di sini tanpa kelulusan daripada Lembaga Pengiklanan Ubat, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Syarikat berkenaan membayar denda itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


