Pengecualian Tarif Trump Ke Atas Cip, Komputer dan Peralatan Elektronik China Hanya Sementara

TechnologyDigital
14 Apr 2025 • 9:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Melaporkan berita mengenai Tarif Trump ke atas China minggu lalu adalah memenatkan. Ia bermula dengan 34% sebelum meningkat ke 104% dan kemudiannya 145% dalam masa hanya tiga hari. Pada waktu yang sama status tarif yang dikenakan ke atas negara lain juga tidak dijelaskan menyebabkan pasaran saham global kucar kacir.

image is not available

Hujung minggu lalu, Amerika Syarikat mengumumkan pengecualian tarif tinggi ke atas cip semikonduktor, komputer, panel solar, panel televisyen, kad memori, SSD, dan sejumlah komponen elektronik yang diimport dari China. Pagi ini seperti dijangka arahan baharu dikeluarkan oleh Setiausaha Perdagangan AS Howard Lutnick mengatakan pengecualian ini hanyalah sementara.

Sebuah tarif baharu akan diumumkan dalam masa beberapa bulan lagi. Beliau turut menambah siasatan akan dilakukan ke atas semikonduktor dan keseluruhan rantaian bekalan elektronik dalam Siasatan Tarif Keselamatan Negara yang akan dilakukan. Semua ini menurut Lutnick adalah bagi mengembalikan semula pengeluaran ke Amerika Syarikat.

Ini pastinya akan mendatangkan impak ke atas negara yang menjadi lokasi pengeluaran cip di luar Amerika Syarikat seperti Malaysia. Hujung minggu lalu Presiden Trump menyentuh mengenai perubahan yang akan dilakukan ke atas Akta CHIPS yang diumumkan Presiden Biden.