
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, kerajaan telah memperincikan 10 kategori berdasarkan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019. Kategori tersebut adalah B40, M40 dan juga T20.
Setiap kategori tersebut mempunyai jumlah pendapatan tersendiri sebagai contoh:
- B40 – pendapatan isu rumah bawah RM2,500. B1 (RM2,501-RM3,169), B2 (RM3,170-RM3,969), B3 (RM3,970-RM4,849).
- M40 – agaran pendapatan antara RM4,850-RM5,879 bagi M1, M2 (RM5,880-RM7,099), M3 (RM7,110-RM8,699), M4 (RM8,700-RM10,959).
- T20 pula, pendapatan isi rumah antara RM10,961-RM15,039 bagi T1 dan bagi T2 pendapatan dengan nilai RM15,040 ke atas.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Apa Itu B40, M40 dan T20 ? Jom Kami Kongsikan Maksud & Kiraannya Bagi Tahun 2020
Kerajaan teliti kaedah baharu untuk pengelasan sosioekonomi untuk ganti kategori B40, M40, & T20
Terbaharu kerajaan memaklumkan pihaknya masih lagi meneliti kaedah baharu untuk melakukan pengelasan sosioekonomi.
Kaedah tersebut adalah untuk menggantikan kategori B40, M40 serta T20, hal ini termasuklah penggunaan pendekatan Pendapatan Boleh Guna Bersih atau Net Disposable Income (NDI).
Kaedah baharu bertujuan untuk lengkapkan pengelasan yang sedia ada, pengelasan tak tunjuk beban sebenar
Jelas Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir kaedah kajian semula terbabit sedang dilakukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026-2030.
Menurutnya, perkara itu mewujudkan kaedah penentuan kumpulan sasar yang lebih inklusif serta saksama.
Tambahnya kaedah pendekatan terbaharu itu dilakukan bertujuan untuk melengkapkan pengelasan sedia ada yang hanya berasaskan kepada pendapatan kasar.
Hal ini kerana pengelasan tersebut tidak dapat menunjukkan gambaran beban kewangan yang ditanggung oleh setiap isi rumah.
Kerajaan teliti kaedah pengukuran lebih tinggi dinamik guna NDI
“Perbezaan lokaliti, demografi, corak perbelanjaan isi rumah serta kos sara hidup perlu diambil kira dalam menentukan kumpulan sasar.
“Sehubungan itu, kerajaan sedang meneliti kaedah pengukuran yang lebih tinggi dinamik termasuk penggunaan NDI,” jelasnya, lapor Kosmo.
Perkara itu dijelaskan Akmal untuk menjawab soalan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Wira Dr. Ku Abd Rahman yang bertanya bilakah kerajaan akan menyatakan pengelasan sosiekonomi baharu untuk menggantikan kategori yang digunakan kini.
Beberapa perkara turut diambil kira daripada pendapatan kasar isi rumah
Selain itu, pendekatan NDI tersebut turut mengambil kira pendapatan kasar isi rumah itu sebaik menolak potongan berkanun contohnya:
- Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
- Cukai Pendapatan
- Zakat
Kata beliau lagi, kaedah itu juga mengambil kira Kos Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) mengikut beberapa perkara seperti:
- Lokaliti
- Demografi
- Corak perbelanjaan isi rumah
- Harga barangan termasuk perkhidmatan
PGK nasional masih jadi ukuran, pengelasan kaedah terbaharu perlu diteliti lebih lanjut
Beliau turut menambah buat ketika ini had kelayakan umum untuk bantuan sosial serta kemiskinan pula masih mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) nasional terkini iaitu RM2,705 pada 2024.
Pengelasan B40, M40 serta T20 pula masih digunakan, ini kerana ia adalah rujukan untuk analisisi dan pelaksanaan bantuan sosial.
Ketika diminta untuk menjelaskan tempoh pelaksanaan kaedah tersebut, Akmal mengatakan pengelasan kaedah pendapatan tersebut perlu penelitian lebih lanjut selain ketersediaan data isi rumah yang lengkap untuk memastikan pelaksanaannya betul-betul berkesan.


