Pengeluaran buah tandan segar United Malacca diramal meningkat sehingga 8% pada FY25, kata TA Securities

LocalBusiness & Finance
20 Sep 2024 • 12:04 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

image is not available

Pengeluaran buah tandan segar United Malacca diramal meningkat sehingga 8% pada FY25, kata TA Securities

azan

20/09/2024 - 12:04

KUALA LUMPUR 20 Sept - TA Securities meramalkan pengeluaran buah tandan segar (BTS) United Malacca Bhd meningkat antara 5% hingga 8% pada FY25 didorong profil umur yang lebih baik serta peningkatan kecekapan operasi.

Bagaimanapun, katanya, prospek harga minyak sawit mentah (MSM) kekal mencabar berikutan eksport yang lemah serta permintaan rendah dari negara destinasi utama selain jangkaan peningkatan bekalan minyak sayur global.

Firma penyelidikan itu berkata, berdasarkan laporan media, kumpulan itu akan memulakan penanaman koko di Sabah, bermula dengan 300 hektar awal di Ladang Millian Labau di Tongod.

"Kami tidak menjangkakan aliran hasil baharu ini akan menyumbang dengan ketara kepada pendapatan dalam tempoh terdekat, kerana pokok koko biasanya mengambil masa antara tiga hingga lima tahun untuk matang sebelum menhasilkan buah.

"Selain itu, pihak pengurusan telah menyatakan, penanaman seluas 300 hektar itu akan disiapkan dalam tempoh dua tahun akan datang dengan perbelanjaan yang dirancang kira-kira RM8 juta hingga RM9 juta," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Terdahulu, kumpulan itu mencatatkan peningkatan untung bersih hamper lima kali ganda kepada RM13.29 juta pada suku pertama berakhir 31 Julai 2024 (1QFY25) berbanding RM2.68 juta bagi tempoh sama tahun lalu didorong sumbangan lebih tinggi daripada operasinya di Malaysia.

Lonjakan keuntungan bersih itu didorong oleh harga purata minyak sawit mentah (MSM) dan isirung sawit (PK) yang lebih tinggi manakala hasil meningkat 20.54% tahun ke tahun kepada RM163.88 juta daripada RM135.95 juta.

TA Securities bagaimanapun tidak membuat sebarang perubahan terhadap unjuran pendapatan kumpulan itu.

"Kami mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga sasaran (TP) RM5.59 sesaham," katanya.- DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved