Pengeluaran Cip Intel Panther Lake Disenaraikan Akan Tiba Secara Besar-Besaran Pada Suku Pertama 2026

TechnologyDigital
17 Mar 2025 • 10:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Minggu lepas, kami telah melaporkan bahawa cip pemprosesan komputer riba nipis dan ringan terbaru Intel telah diperlihatkan sewaktu acara Embedded World 2025. Terkini, ia telah dilaporkan bahawa cip pemprosesan tersebut, yang akan hadir dengan kod nama Intel Core Ultra 300V akan tiba secara besar-besaran pada suku pertama 2026.

image is not available

Di sebuah acara khas di China, Intel telah memperlihatkan bilakah mereka akan melancarkan siri cip pemprosesan tersebut secara besar-besaran: Suku pertama 2026. Walaupun begitu, ia dijangka akan diperkenalkan terlebih dahulu pada pertengahan tahun 2025, sama seperti apa yang dilakukan untuk pelancaran siri cip Intel Lunar Lake Core Ultra 200V.

Sama juga seperti apa yang dilakukan untuk siri cip pemprosesan tersebut, Panther Lake akan hadir dengan program Early Enablement Program yang akan membolehkan pembuat komputer riba tertentu untuk mendapatkan akses kepada cip pemprosesan tersebut, dan akan dilancarkan pada pertengahan hingga penghujung tahun ini.

image is not available

Intel juga telah sekali lagi mengesahkan bahawa siri cip Panther Lake tidak akan hadir dengan memori terbina didalam cip pemprosesan seperti Intel Lunar Lake. Setakat ini ia tidak diketahui lagi sama ada cip ini akan menggunakan cip LPDDR5X ataupun format lain seperti CAMM2.