Pengeluaran iPhone Mungkin Terjejas Sehingga Bulan Depan Akibat Covid-19

TechnologyDigital
1 Nov 2022 • 1:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada waktu ini masih sukar mencari stok iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max kerana permintaan yang jauh lebih tinggi berbanding iPhone 14 dan 14 Plus. Pengeluaran telah dipertingkatkan tetapi masih tidak dapat memenuhi permintaan. Situasi akan menjadi semakin serius kerana isu pengeluaran yang terjejas akibat Covid-19.

image is not available

Kilang Foxconn yang terletak di Zhengzhou mempunyai 200,000 pekerja terjejas kerana pihak berkuasa China mengenakan kawalan pergerakan ke atas 10 juta penduduk bandar. Kekurangan tenaga kerja yang akan berlaku kerana polis sifar Covid-19 di China dijangka mengurangkan pengeluaran sehingga 30% iPhone pada bulan depan.

Foxconn cuba menyelesaikan isu ini dengan meningkatkan pengeluaran iPhone di Shenzhen. Isu penutupan kilang dan halangan pergerakan untuk kuarantin menjadi isu utama tahun lalu menyebabkan banyak pengeluaran memindahkan kilang keluar dari China tahun ini.