Pengeluaran koko Sabah catat lonjakan

LocalBusiness & Finance
25 May 2025 • 3:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan lonjakan prestasi pengeluaran koko tahun ini didorong oleh peningkatan harga pasaran yang kini mencecah RM30,000 satu tan.

“Permintaan koko semakin meningkat dan ini membuka peluang ekonomi baharu khususnya kepada pekebun kecil di Sabah.

“Ramai tidak tahu, selain makanan, koko juga digunakan dalam pembuatan kosmetik, produk kesihatan dan penjagaan diri,” kata Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia (LKM) Datuk Dr Ramle Kasin.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Beliau berkata, Kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi serta LKM telah mempergiat usaha membantu penanam koko termasuk dalam bentuk insentif, pemulihan tanaman dan teknologi baru, dengan harapan pengeluaran koko negara dapat terus dipertingkatkan.

Sabah merupakan pengeluar koko utama negara di Sabah pada akhir 1970-an dan awal 1980-an, sehingga tanaman itu terjejas akibat penyakit. Ia ditanam terutamanya di Tawau.

Penganjuran MICF 2025 (Pameran Koko Antarabangsa Malaysia) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dari 24 hingga 27 Mei dilihat sebagai langkah strategik untuk mengukuhkan pembangunan industri koko di Malaysia Timur.

Ia diharap akan memperluas peluang kepada pengusaha tempatan untuk menembusi pasaran global melalui inovasi, rangkaian serta akses kepada teknologi antarabangsa.

“Dengan harga koko global yang kini kukuh, kita yakin pemain industri akan lebih berdaya saing dan mampu menarik pelaburan asing. MICF ini menjadi langkah awal ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab koko berkelas dunia,” katanya.

MICF 2025 ialah platform pertama seumpamanya yang dianjurkan di Sabah dan bakal menghimpunkan lebih 160 pempamer dari sektor tempatan dan antarabangsa, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri koko serantau.

“Ini kali pertama kita adakan MICF di Sabah. Ia bukan sekadar pameran, tetapi satu usaha strategik untuk menyatukan semua pemain industri koko dari peringkat huluan hingga hiliran, membina jaringan niaga serta mempromosikan inovasi dalam industri koko,” kata Ramle.

Lebih 20 peratus penyertaan adalah daripada syarikat antarabangsa, termasuk dari China, Indonesia, Singapura, Eropah dan Afrika.

“Kita jangkakan lebih 30,000 pengunjung akan hadir sepanjang empat hari penganjuran,” ujar beliau.

“Malah kita telah jalankan promosi sejak beberapa bulan lalu dan menawarkan pelbagai insentif termasuk hadiah utama sebuah kereta Perodua Axia, motosikal dan dua buah ATV untuk menarik pengunjung bertuah,” ujar Ramle lagi.

Pameran dibuka kepada orang awam dari 10 pagi hingga 9 malam setiap hari, dan turut menampilkan demonstrasi membuat coklat, pertandingan pembuatan coklat serta ruang khas mempamerkan mesin pemprosesan moden untuk koko dari negara-negara Eropah seperti Itali.