Pengemis Pura-Pura Pekak Dan Bisu Kantoi Pakai Proton X70 Premium, Raih RM500 Sehari!

22 Feb 2024 • 2:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Percaya atau tidak, seorang pengemis di pasar malam Sri Jaya, Maran Pahang berjaya meraih kutipan sehingga RM500 bagi tempoh empat ke lima jam sehari.

Lebih mengejutkan apabila lelaki kurang upaya fizikal itu rupa-rupanya memandu kereta Proton X70 Premium! Fuh, pendedahan mengejutkan itu dibuat pihak JKM menerusi satu hantaran di Facebook.

Pura-pura pekak dan bisu

image is not available

image is not available

JKM Maran difahamkan telah membuat satu operasi untuk membanteras aktiviti pengemisan di daerah itu. Dari jauh pihaknya melihat seorang lelaki berjubah dan berkopiah berdiri memegang kertas sambil meraih simpati pengunjung pasar malam.

Pengemis pakai Proton X70 Premium

Pihak JKM mulakan siasatan dan bertanya tujuannya meminta sedekah. Tetapi lelaki itu hanya diam berpura-pura pekak dan bisu. Setelah didesak meminta kad pengenalan, barulah lelaki itu bersuara menyatakan IC berada di dalam kereta.

image is not available

image is not available

Pihak JKM dibawa ke kereta Proton X70 Premium dan pengemis itu mengaku kereta adalah miliknya. Siasatan mendapati individu ini penerima Elaun Pekerja OKU sebanyak RM450 dari 2021.

Kredit: Facebook JKM Maran

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media