Pengendali Starbucks Malaysia, BFood Dilapor Alami Kerugian RM87.34 Juta

LocalBusiness & Finance
28 Aug 2024 • 10:43 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Syarikat pengendali Starbucks Malaysia, Berjaya Food Berhad (BFood) mencatatkan kerugian sebanyak RM87.34 juta sebelum cukai bagi tahun kewangan terakhir 30 Jun tahun ini.

Menurut laporan Sinar Harian, BFood berkata, kerugian itu direkodkan lebih tinggi berbanding dengan keuntungan sebelum cukai RM148.73 juta pada tahun sebelumnya.

image is not available

Foto: Theedgemarkets

“Syarikat memperoleh pendapatan sebanyak RM730.3 juta berbanding RM1.12 bilion pada tahun kewangan terdahulu.

“Bagi suku keempat tahun kewangan yang diselidik, syarikat mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM42.69 juta berbanding keuntungan sebelum cukai iaitu RM29.04 juta tahun sebelumnya,” katanya.

BFood berkata, hasil yang diperoleh bagi suku tahun ini adalah sebanyak RM130.57 juta, lebih rendah berbanding RM271.75 juta tahun sebelumnya.

“Kerugian sebelum cukai yang ditanggung pada suku semasa disebabkan oleh sentimen konflik di Timur Tengah.

image is not available

Foto: malaysianfoodie.com

“Penurunan hasil dan kerugian sebelum cukai disebabkan pelupusan kepentingan ekuiti entiti kumpulan dalam Jollibean Foods Sdn Bhd.

“Ia tidak termasuk perbelanjaan luar biasa berkaitan pelaburan dan kerugian sebelum cukai adalah RM76.84 juta berbanding keuntungan sebelum cukai, RM148.73 juta pada tahun kewangan sebelumnya,” ujarnya.

BFood turut memaklumkan sebarang dividen tidak disyorkan untuk suku semasa tahun ini berikutan keadaan pasaran semasa dan tekanan luaran yang menjejaskan prestasi syarikat tersebut.

image is not available

Foto: starbucks.com.my

“Di sebalik kesukaran ini, kami tetap optimis dan berhati-hati. Kami menjangkakan ia bakal meningkat secara beransur-ansur dalam prestasi operasi sepanjang tahun kewangan akan datang.

“Walaupun mungkin mengambil masa untuk pulih kembali, kami yakin dengan perancangan strategik dan penambahbaikan operasi akan mengukuhkan semula kedudukan syarikat,” tambahnya lagi.

Syarikat itu juga percaya dan yakin bahawa pendapatan kewangan mereka akan beransur pulih dan menjadi lebih baik untuk tahun seterusnya.

Sumber: Sinar Harian (Aisyah Basaruddin)