Pengering Rambut Pintar Dyson Mengelakkan Rambut Dan Kepala Terbakar

TechnologyDigital
19 Mar 2024 • 9:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dyson Supersonic Nural dilancarkan semalam sebagai pengering rambut paling pintar pernah dihasilkan. Ia mengesan suhu sepanjang masa bagi mengelakkan rambut atau kulit kepala pengguna terbakar semasa menggunakannya. Ini ialah isu yang biasa dihadapi oleh pengguna sejak pengering rambut dicipta oleh Alexandre Ferdinand Godefroy pada tahun 1888.

image is not available

Setiap Supersonic Nural dilengkapi sensor ToF Nural yang mengesan jaraknya dengan kepala pengguna. Apabila dikesan terlalu hampir dengan rambut dan kepala, suhu udara akan dikurangkan ke 55°C. Ini bukan sahaja mengelakkan kecederaan tetapi memastikan kesihatan kulit kepala kerana tidak kehilangan kelembapan yang diperlukan.

image is not available

Terdapat lampu LED pada pengering rambut yang memberitahu pengguna suhu udara yang dihembus. Biru untuk sejuk dan merah pula untuk panas. Ciri pintar lain yang menarik ialah apabila Supersonic Nural diletakkan ke bawah, ia akan dimatikan secara automatik tanpa perlu menekan sebarang butang. Tambahan lagi, setiap sambungan aksesori juga akan mengaktifkan tetapan khusus untuk digunakan pada suhu yang betul.

Satu lagi ciri menarik pengering rambut ini ialah ia mengingati tetapan dan pilihan pengguna. Tetapan terakhir ia digunakan akan secara automatik diaktifkan. Oleh itu pemilik tidak menghabiskan masa mengubahkan setiap kali digunakan. Harga jualan belum diumumkan pada waktu ini.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved