Pengerusi FINAS Berkata AI Bukan Ancaman Kepada Pekerja Industri Kreatif Malaysia

LocalTechnology
28 May 2026 • 12:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengerusi FINAS Berkata AI Bukan Ancaman Kepada Pekerja Industri Kreatif Malaysia

Adakah kecerdasan buatan (AI) mengancam periuk nasi penggiat seni kreatif di Malaysia? Ramai yang mengatakan ya tetapi pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Hans Isaac menegaskan bahawa AI tidak menggantikan bakat manusia, kerana teknologi masih memerlukan kepakaran kreatif untuk menghasilkan karya berkualiti.

Image from: Pengerusi FINAS Berkata AI Bukan Ancaman Kepada Pekerja Industri Kreatif Malaysia
kredit Facebook Hans Isaac

Menurut beliau lagi, AI boleh diintegrasikan ke dalam produksi dengan ia mempercepatkan proses penggambaran dan sekaligus mengurangkan kos. Tambah beliau lagi tempoh penggambaran boleh dipendekkan daripada 100 hari kepada 60 hari dengan penjimatan kos ini boleh disalurkan semula kepada kenaikan gaji kru produksi. Mengenai kebimbangan pemain industri pula, Hans menegaskan AI tetap memerlukan tenaga pakar dan minda kreatif manusia.

Malaysia sebenarnya antara negara terawal menggunakan AI dalam pelbagai produksi filem, siri TV dan video muzik. Filem yang dijana sepenuhnya oleh AI pertama dunia Pirate Queen: Zheng Yi Sao adalah hasil kerjasama studio tempatan Future Studio dan FizzDragon dari Singapura dengan ia ditayangkan di pawagam awal tahun ini. Filem tempatan Abu Si Raksasa pula menggunakan AI bagi menghasilkan kesan khas tahun lalu.

Berlaku banyak tentangan dalam kalangan penggiat seni mengenai penggunaan AI. Tetapi hakikatnya ia telah digunakan secara meluas di Malaysia dan luar negara. Hari ini misalnya Amazon MGM Studio mengumumkan penerbitan tiga kandungan janaan AI untuk Prime Video, dana untuk menghasilkan kandungan AI generatif serta alatan menghasilkan kandungan menerusi AWS.

Sumber – New Straits Times