Pengesahan eKYC Diperlukan Untuk Pengaktifan CIMB OCTO Pada Peranti Baharu Atau Selepas Tetapan Semula

Digital
7 Oct 2025 • 10:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CIMB Bank Berhad memaklumkan bahawa semua pengguna baharu dan sedia ada aplikasi CIMB OCTO perlu menjalani pengesahan identiti secara elektronik (eKYC) apabila mengaktifkan aplikasi buat kali pertama sama ada pada peranti baharu atau selepas tetapan semula peranti.

image is not available

Langkah ini bertujuan meningkatkan keselamatan dan mengelakkan aktiviti penipuan dalam aplikasi perbankan digital. Proses log masuk kali pertama akan mengambil masa dua belas jam sebagai tempoh bertenang. Selepas tempoh itu berakhir, pengguna akan menerima SMS dan boleh mula menggunakan aplikasi CIMB OCTO seperti biasa.

Buat masa ini, eKYC hanya menerima MyKad sebagai dokumen pengenalan yang sah. Pengguna yang menggunakan dokumen selain MyKad perlu hadir ke cawangan CIMB terdekat untuk pengesahan identiti secara fizikal. Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh merujuk pautan dalam aplikasi atau menghubungi pihak bank.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved