Pengetua, ketua pembantu tadbir sekolah ditahan minta, terima rasuah

18 Sep 2023 • 8:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suspek lelaki berusia 53 tahun dan wanita berusia 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Kluang kira-kira jam 7 petang Isnin selepas hadir memberi keterangan. - Gambar hiasan Gambar kecil: Azmi

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang telah menahan seorang pengetua sekolah dan ketua pembantu tadbir kerana disyaki bersubahat meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM17,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 53 tahun dan suspek wanita berusia 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Kluang kira-kira jam 7 petang Isnin selepas hadir memberi keterangan.

Difahamkan, suspek telah meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang kontraktor sebagai balasan memberikan kerja-kerja penyelenggaraan pagar di asrama sekolah kepada syarikat milik kontraktor terbabit pada Januari lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Kedua-dua suspek kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.