Penggambaran Tamat, Ryeoun Dedah Tarikh Tayangan ‘Weak Hero Class 2’

Entertainment
5 Jun 2024 • 10:09 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

“Weak Hero Class 2” akan mula ditayangkan tak lama lagi!

Diadaptasikan dari Webtoon dengan tajuk yang sama, “Weak Hero Class 2” mengisahkan tentang seorang pelajar bernama Yeon Si-eun (Park Ji-hoon) yang ingin melindungi rakan-rakannya dari pembuli di sekolah.

Ketika ditemu bual oleh majalah terkenal, salah seorang pelakon drama ini iaitu Ryeo-un telah mengesahkan bahawa penggambaran “Weak Hero Class 2” telah tamat.

Dalam temu bual yang sama juga, pelakon yang terkenal dengan lakonannya dalam “18 Again” & “Twinkling Watermelon” itu juga telah mengumumkan bahawa musim ke-2 yang dinantikan ramai itu akan mula ditayangkan di Netflix bermula 25 Januari 2025.

Kini, rata-rata peminat siri “Weak Hero Class” sudah tidak sabar lagi untuk melihat sambungan perjalanan Yeon Si-eun (Park Ji-hoon) bersama rakan-rakan barunya di Sekolah Menengah Eunjang.

Korang dah sedia ke belum nak tonton drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article