Penggemar Aktiviti Lasak, Paintball Di Mambong Siburan Untuk Anda Kunjungi

15 Dec 2023 • 2:57 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Antara aktiviti best di Sarawak untuk dilakukan bersama keluarga dan rakan-rakan

Penggemar Aktiviti Lasak, Paintball Di Mambong Siburan Untuk Anda Kunjungi. Paintball di Mambong, Siburan, Sarawak telah berkembang menjadi sukan yang menarik dan popular, malah telah menarik pengunjung dan pasukan dari kawasan setempat dan luar.

Terletak di Kampung Mambong, Jalan Mambong-Sarig, padang paintball di Mambong dikenali dengan susun atur yang teratur, ideal untuk permainan santai dan kompetitif.

Dah selalu sangat jalan-jalan untuk melihat pemandangan, apa kata anda pergi di sini bersama kawan-kawan anda untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan. Ianya bukan sahaja dapat release tension, bahkan ianya dapat menggerakkan tubuh badan kita untuk rekreasi. Memang confirm ianya bagi pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

image is not available
Penggemar Aktiviti Lasak, Paintball Di Mambong Siburan Untuk Anda Kunjungi. Gambar hiasan.

Tempat ini terletak di kampung Mambong, Jalan Mambong- Sarig. Kalau anda pernah ke Pulapol atau jalan ke Puncak Borneo, di situ lah Kampung Mambong. Kalau anda masih belum familiar lagi di mana, jangan risau! Kami akan sertakan pautan lokasi di bawah.

Memang ngam untuk kaki gamer

Untuk kaki gamer seperti PUBG, aktiviti ini sangatlah sesuai untuk anda. Bolehla fefeeling macam nak pergi war, kan?

Padang menembak paintball di Mambong menjadi pilihan kerana susun atur padang tersebut seolah-olah susun atur untuk pertandingan kejohanan. Terdapat pelbagai bunker dan halangan buatan manusia yang boleh digunakan sebagai ‘cover’ atau dinding apabila anda bermain.

image is not available
Penggemar Aktiviti Lasak, Paintball Di Mambong Siburan Untuk Anda Kunjungi. Kredit Gambar: Facebook Kelab Paintball Mambong

Paintball di Mambong telah memberi impak ekonomi yang ketara, menyumbang kepada pendapatan tempatan melalui penginapan, makanan, dan pelancongan. Populariti sukan ini telah membawa perhatian ke Sarawak sebagai destinasi peminat paintball di seluruh dunia​​.

Acara dan sukan ini juga dilihat sebagai cara untuk membina semangat setia kawan, disiplin, dan keyakinan di kalangan pemain.

image is not available
Penggemar Aktiviti Lasak, Paintball Di Mambong Siburan Untuk Anda Kunjungi. Kredit Gambar: Facebook Kelab Paintball Mambong

Macam real nak pergi war dah ni

Anda tidak akan sesat kerana padang paintball tersebut tersusun cantik dan teratur. Anda boleh mengelak daripada pihak lawan. Jika anda ingin melihat susun atur kawasan ini dahulu, anda boleh lihat gambar yang telah dimuat naik halaman Facebook mereka.

Maklumat penting

Lokasi: Kampung Mambong, Jalan Mambong-Sarig 93250 Kuching, Sarawak, Malaysia

Waktu beroperasi: 09.00am- 5.00pm (Sabtu & Ahad sahaja)

No telefon: 019-848 4248 (whatsapp)

Komuniti paintball di Mambong secara aktif terlibat dalam menganjurkan acara dan pertandingan, yang menghasilkan peningkatan penyertaan belia. Penglibatan ini dilihat sebagai perkembangan positif bagi komuniti setempat, menyediakan aktiviti rekreasi dan mempromosikan semangat sukan.

Pengorganisasian kejohanan besar dan penglibatan pasukan tempatan menunjukkan populariti sukan ini dan potensi untuk pertumbuhan lanjut di Sarawak.

Baca juga artikel yang berkaitan aktiviti menarik di Borneo:

https://www.iloveborneo.my/bercadang-untuk-bercuti-ke-sibu-ini-5-aktiviti-menarik-anda-boleh-buat/

https://www.iloveborneo.my/panduan-aktiviti-pencinta-alam-beaufort-sabah/